Saturday, October 18, 2008

Undang-undang Islam


Manusia diciptakan oleh Allah s.w.t. untuk menjadi khalifah serta memakmurkan muka bumi ini. Seharusnya manusia hidup di dunia ini dengan saling tolong-menolong, hormat menghormati dan berada di atas landasan ukhuwah dan mahabbah. Islam telah menyediakan undang-undang untuk manusia jadikan panduan dan seterusnya mengikutinya.

Undang-undang Islam merupakan undang-undang yang paling sempurna dan fleksibel pada setiap masa, tempat, keadaan dan juga zaman. Sumber undang-undang Islam adalah dari Allah s.w.t. Ia dicipta sebagai memudahkan dan membimbing manusia ke jalan yang benar dan diredhai Allah s.w.t dan seterusnya akan melahirkan kedamaian dan kemakmuran jika diikutinya.

Allah s.w.t. telah mencipta undang-undang dalam setiap aspek kehidupan. Bermula dari sistem ekonomi, keluarga, harta, kehidupan sosial dan banyak lagi. Mengambil contoh dalam undang-undang kehidupan sosial misalnya, Allah telah menetapkan bahawa membunuh, mencuri, berzina dan minum arak adalah haram dan perlu dijauhi. Jika melakukannya akan dikenakan hukuman qisas bagi yang membunuh, hudud bagi yang mencuri dan minum arak serta sebat atau rejam bagi mereka yang berzina. Tujuan Allah menciptakan undang-undang ini antaranya adalah untuk mengelak timbulnya keburukkan, huru-hara dan juga kemunduran dalam sesuatu masyarakat.

Namun, tidak banyak negara di dunia ini yang mengamalkan undang-undang Islam sepenuhnya walaupun negara tersebut bergelar negara Islam. Antara negara yang mengamalkan undang-undang Islam ini adalah Mesir dan Arab Saudi. Tidak dapat diketahui di mana khilafnya sehingga negara Islam sendiri tidak mahu mengamalkan undang-undang Islam sepenuhnya. Pelbagai alasan yang diberikan. Antaranya, rakyat yang berbilang agama dan kaum dan tidak sesuai dijalankan di zaman moden.

Alasan-alasan seperti ini hanya dikeluarkan oleh mereka yang tidak faham akan konsep Islam sepenuhnya. Mereka tidak menghayati dan secara tidak langsung telah meletakkan undang-undang ciptaan Allah bukan di tempat yang tinggi. Namun, pada hakikatnya terselindung hikmah yang besar disebalik hukuman dan peraturan yang telah ditetapkan Allah. Qisas misalnya, apabila ia dijalankan di hadapan umum ia bertujuan untuk memberi pengajaran kepada yang melihat. Secara psikologinya, mereka yang melihat upacara hukuman qisas yang dijalankan akan merasa gerun dan akan menjadi satu muhasabah kepada dirinya untuk melakukan pembunuhan. Begitu juga halnya dengan had potong tangan bagi yang mencuri dan sebat bagi yang peminum arak.

Namun, dalam dunia hari ini kita melihat pembunuhan, kecurian, penzinaan dan minum arak seperti sesuatu yang tidak menjadi kesalahan besar. Kes-kes seperti ini banyak berlaku di Malaysia sebagai sebuah negara yang dilabel “Negara Islam”. Itu belum lagi jenayah-jenayah dalam lingkungan kehidupan harian seperti riba’ dan rasuah. Mungkin jika Malaysia mengamalkan undang-undang Islam sepenuhnya maka jenayah-jenayah seperti ini akan amat berkurangan jumlahnya.

Oleh itu, sebagai umat Islam dan rakyat yang duduk di bawah Negara Islam, marilah kita sama-sama menegakkan syiar Islam dengan melakukan yang baik dan menjauhi yang mungkar.

1 comment:

amalina said...

Silapnya negara kita walau pun dilabel sebagai negara Islam tetapi masih lagi tidak mengamalkan undang-undang Islam seperti hudud, qisas, diat dan sebagainya. Ini adalah kerana undang-undang yang diguna pakai sekarang di negara kita adalah terikat dengan undang-undang yang telah termaktub sejak dari zaman penjajah lagi di mana segala ideologi dan peraturan berlandaskan pemikiran penjajah. Walaupun penambahbaikan dan perubahan telah dilakukan pada sistem undang-undang negara namun itu masi tidak mencukupi untuk menyelesaikan masalah dan gejala sosial yang melanda rakyat disebabkan undang-undang yang dilaksanakan tidak kembali kepada hukum yang telah ditetapkan oleh